belakang tabir

Khamis, 4 Oktober 2012

Air Asam Pencicah Ikan Bakar Ayahanda..


Waaaa... ade nampak tak apa yang aku nampak?? Tadaaaaa ini adalah bahan bahan nak buat air asam pencicah untuk ikan bakar... yang hijau hijau tu cilipadi ...yang merah tu cili besar atau mak aku panggil dia cabai hidup.Aku pun xtaw pesal di panggil cabai hidup..yang merah lagi satu tu tomato.Ada bawang besar asam jawa dan yang paling penting dan ramuan yang xboleh dilupakan adalah BELACAN



Haaaa.. seee  nie yang dah aku siap gaul gaul tambah air garam,serbuk perasa,gula dan KERISIK  sebab aku nak bagi sedap.kalau ada kerisik terasa la lemak lemak sikit.Ini kalau makan dengan nasi panas panas ade kicap perghhhh memang bertambah tambah la..ada pulak ikan gelama masinn..mmmmmmm dap nye...
Tetiba ingat kat ayah aku pulak.. sebab nie resepi dari ayah aku,tapi kalau ayah buat lagi sedap...
*petua ayah kalau nak sedap air asam nie,dia mesti digaul dengan mengunakan tangan*
Tapi aku selalu mengunakan sarung tangan plastik untuk mengelakkan tangan aku pijar ataupun panas..hehe


Nin dia..nin dia.. siap !!! .. nyum..nyum.. dapat bakar ikan kembung tecik je .. jadik ler lepas gian tekak neh.Yang penting air asam pencicah ikan bakar neh MALATOP!!.
Ok baiii........ ~_^ v

Tiada ulasan:

Catat Ulasan