belakang tabir

Selasa, 25 September 2012

KAU DAN AKU ... SELEPAS 7 TAHUN BERLALU

Mengimbau balik kenangan 7 tahun yang lalu...   

  Pejam celik..pejam celik sudah hampir setahun kita mengenali hati masing masing.
Tapi sayang jodoh kita tidak berpanjangan .. semakin kuat sayang aku kepada kau semakin banyak dugaan yang datang menguji kita. 
Aku sudah dilamar oleh orang yang xpenah aku kenali dan dia diterima oleh keluargaku.
Bercelaru aku ketika itu yang baru berusia 19tahun sudah dimiliki. Hanya tuhan yang tahu bertapa rasa bersalahnya aku kepada kau..kerana telah memungkiri janji kita untuk bersama
Sebaknya aku rasa,bagaimana hendak aku meluahkan semua yang aku rasa ketika itu kepada kau
Hanya DIA sahaja yang tahu..(tacing abeh larh.)
Aku xsangka kau menerima keputusan aku dengan hati yang rela melepaskan aku demi menjaga maruah keluarga aku. Yang ketika itu telah menetapkan tarikh perkahwinan aku dengan orang yang telah dicalonkan untuk aku..
Kau Tahu..dalam tempoh sebelum aku di ijabkabulkan..pelbagai cara aku lakukan demi untuk menunaikan janji kita..tp jodoh tetap tidak menyebelahi kita..AKU REDHA .... (sedih kot..)
Kau ingat lagi masa permintaan terakhir aku ...ya aku hendak sangat berjumpa dengan kau buat kali terahir sebelum aku dinikahkan..Permintaan aku ditunaikan...
Kita berjumpa ditempat bermulanya kita berjumpa diawal perkenalan kita dulu..(drama weiii..)
KLCC
Klcc..klcc menyaksikan suka duka kita..disitu jugak sumpah setia kita.. (cehhhh..)
disitu telah meninggalkan sejarah sejarah kita yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila..
Buat terakhir kalinya aku memberikan cincin kepunyaanku kepada kau untuk diberikan kepada suri hati kau nanti... 

7 tahun sudah berlalu~~~    
Aku dah kahwin setahun selepas itu kau sudah berumahtangga.. Aku sudah ada ank kau sudah ada cahayamata..tetapi sampai sekarang aku masih belum diterima oleh surihati kau bahawa aku sudah menjadi BBF kau walaupun jauh disudut hati aku,aku masih sayang ..
Selepas beberapa tahun kita kembali rapat dan akrab,selalu bertanya kabar berita,anak2 dilaman muka buku...aku tidak dibenarkan sama sekali menghantar sms kepada kau kerana surihati kau tidak dapat menerima kehadiran aku sebagai BBF kau setelah dia tahu siapa aku disuatu ketika dulu...
Sehinggakan no tel aku pun kau save dalam memori kepala kau bukannya dalam memori tel.. (cemburu tahap dewa lah..)  
Setelah beberapa kali kita meluahkan rasa ingin berjumpa...dan kita pun aturkan pertemuan...
Tanggal 31 MAC 2012
Akhirnya setelah 7tahun kita dipertemukan semula.. Ya allah debaran terasa setelah kita bertentangan mata
rasa macam nak gugur je jantung nie..tetapi dengan kekuatan yang ada kita berkagak seperti biasa,padahal pada masa yang sama aku tahu kau pun terasa apa yang aku rasa masa ketika itu... Setelah 8jam kita abehkan masa walaupun hanya seketika sudah cukup buat aku untuk luahkan apa yang terpendam selama 7tahun yang lalu...
Setelah itu kita berdua akan menjadikan kenangan yang lalu adalah kenangan yang cukup terindah,kenangan yang cukup cukup mendewasakan kita.... Dan menjadikan ia 1satu memori yang xkan dilupakan
Dan sekarang aku akan sentiasa mendokan yang terbaik untuk kau dan bahagia dengan kehidupan yang telah kau bina...Kegembiraan yang kau rasa sudah cukup membuatkan aku juga bahagia dengan kehidupan aku sekarang....
Biarlah kita BERSAHABAT sampai bila bila ...
Itu janji kita selepas 7 Tahun......

Bersama kakak..kau begitu sayang kan dia kan..kerana janji kita aku namakan kakak NUR ALEEYA SOFFIA yang ku ambil dr nma kau SUFIAN

Harap kita bersahabat selamanya..
BFF....
Mengenangmu..lagu yang kau nyanyi...meremang bulu roma mak nak!!