belakang tabir

Khamis, 20 September 2012

MEE KARI CIK MARIA

Alohaaaa.... kat sini aku nk kongsi resepi mee kari yang baru beberapa kali aku praktikan..hehe
sebab mee kari nie aku xbrape gemar tapi aku buat nie khas buat EN SUAMI aku .. nie mmg peberet die pantang ade kurang sikit mula la dia nk mengomen... Dah jom kita salin resepi



Bahan-bahan

  • - mee kuning
  • - cili kering (dikisar)
  • - santan kelapa
  • - rempah kari ayam babas
  • - halia,bawang merah ,bawang putih (di tumbuk)
  • - serai,lengkuas (serai dititik)
  • - 4 sekawan (bunga lawang,cengkih,buah pelaga,kulit kayu manis )
  • - garam dan serbuk perasa
  • - Tauhu yang da siap goreng 
  • - fish kek
  • - isi ayam,kerang (isi ayam di potong dadu)
  • - fish ball
  • - sayur sawi
  • - tauge
  • - carrot (kalau suka)
  • - daun sup,daun bawang
  • - bawang goreng


Cara-cara Menyediakan
  • Tumiskan 4 sekawan,bersama bahan-bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan
  • Setelah kekuningan masukkan cili merah bersama rempah dan masukkan sekali serai yang dititik dan lengkuas sehingga rempah betul-betul masak dan naik minyak
  • masukkan ayam/kerang biarkan ayam masak dan masuklah santan bersama sedikit air..
  • lastly dah mendidih kuah kari tu bolehlah masukkan tauhu yang siap goreng,fish kek/fish ball 
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, biarkan seketika dan boleh lah disediakan untuk hidangan
  • bahan-bahan yang lain dicelur seperti gambar dibawah
  • Citarasa dan pernambahan bahan terpulang pada hak masing masing..SELAMAT MENCUBA!!!
sayur yang di celur


Mee kuning yang dicelur