belakang tabir

Khamis, 27 September 2012

Spagetti Malaysia ..

Assalamualaikum wbt....
Hai..hai.. entry kali nie aku nk kongsi makanan peberet aku bila time aku balik kampung..Memang tak sah kalau aku aku balik kampung tak makan makanan nie. Mesti..mesti..dan mesti siap beli stok untuk bawak balik shah alam..
Makanan nie kat perak hanya popular di Pulau Pangkor dan kawasan berdekatan sahaja termasuk lah kampung aku.Kalau di kawasan atau daerah lain di negeri perak mungkin ada yang tidak mengenali dengan makanan nie.

LAKSAMEE
Haa ni la dia LAKSAMEE atau aku panggil dia SPAGETTI MALAYSIA .. nampak dia macam spagetti kan..Ade sambal,pastu wat sup udang (time nie udang xde yg ade dalam frezer sotong je ) jadi lah buat lepas gian pastu kacang panjang atau kacang buncis di potong dadu masukkan dalam sup tu (sesetengah orang goreng kacang tu)
Pastu aku goreng lobak masin sampai garing,ade bawang goreng pulak..taruk sambal banyak2 makan pergghhhh...terbaekkk lahh..
Tapi apa yang penting sambal mesti kena pandai buat dan sedap.Aku banyak kali buat mesti xjadi..tapi setelah berguru dengan siffu ( mak aku larh.) Terus menjadi.
Selepas dah pandai masak sambal apa lagi dah jadilah pulak makanan kegemaran anak anak aku juga... Terharu mak nak !!
Tiap kali  time raya memang tak sah lah kalau laksamee nie tak de mesti kena buat punya lah..
Dan kalau nak tau jugak..laksamee nie kuah sup dia tu boleh diubahsuai selain udang atau seafood boleh gunakan jugak fish kek,daging ke..terpulang pada selera masing2 la kan..
Yang Pastinya sambal dia tu mesti sedap.
Dulu mase aku kecik tiap kali sarapan sebelum pergi sekolah ayah mesti belikan sarapan pagi laksamee yang berbungkus dalam daun pisang.Dia berbungkus macam tapai.. sedap sebab dia cuma ada sambal udang tanpa ada sup..Sekerang nie dah xde memang dah xdapat laksamee yang berbungkus daun pisang.
Ok2 kalau korang nak rasa macam mana rasa laksamee nie..jom lah datang ke kampung aku xpun..pergi je pulau pangkor..mesti dapat merasa.. hihihi
Daaaaaa~~~~~~ ^_*v